Monday, July 6, 2009

byk cerita pending...

Posted by nAdiRah at 12:37:00 PM 3 comments
eerrrmmmm... bile la aku nak mengupdate blog ea???
sbnarnya byk cerita yg nak diceriterakan...
tp... masa mencemburui aku...
tengok laaa...esok luse k.
cerita terbaru aku :-
1. telah selamat menjadi 'isteri tinggal' secara rasminya sejak 29.06.2009 & menetap kembali ke rumah orang tuaku.
2. mulai semalam 05.07.2009 secara rasmi telah meletakkan jawatan di Rose & Ali Ikan Bakar & akan meneruskan kembali karier ku sebagai si tukang jahit manik memandangkan berderet2 tempahan yg perlu disiapkan sebelum raye k.
3. 10.07.2009 (Jumaat) pertama kalinya aku akan bersua dengan suami yg tersayang selepas berpisah hampir 2 minggu. kami akan bercuti sekeluarga mertua di PD...
(PD jeee...sbb masa terhad. ok la tuh...)
esok2 den cito lg k.
dada~~~

Wednesday, July 1, 2009

> jawab tag wadah daaa <

Posted by nAdiRah at 12:25:00 PM 3 comments
1. Bila kali terakhir anda cuci toilet
Kali terakhir pada hari Rabu yg lepas...sebelum aku berpindah semula ke rumah bonda & ayahanda ku...


2. Pencuci apa yang anda guna?
Pencuci Cosway...kekadang aku guna pencuci mop lantai (dettol)... pas mengemop adalalah wajib bagi aku menyemburkan air-freshner ke setiap ruang termasuk tandas...kasik wangi lerrr.


3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?
kalau dapur setiap kali pas masak insyaAllah aku lap sebabnye dapur umah aku lom pasang hub...kalau kat ruang lain...seminggu sekali... (ini kejadian bila aku mentap di rumah aku. buat masa sekarang aku menetap di umah bonda & ayahanda jawapnye... 2 minggu sekali @ sebulan sekali daaa)


4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
buat masa sekarang yg sedang memegang status 'isteri tinggal sementara'... setiap kali balik kerja aku akan makan...pastu mandi...solat Asar... main cak-cak dengan Adam (anak sedara aku), pastu...start enjin...pi kerja part time kat Kedai Ikan Bakar Crystal Bay hingga ke jam 12.00 tgh malam... (aku bakal letak jawatan untuk ini...insyaAllah last day ahad ni ~amin~)


5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
Nasi dengan telur goreng + kicap manis sket


6. Minuman yang anda buat setiap pagi?
1 now 1 nescafe... ye, setiap hari aku akan minum 4 cawan nescafe & aku sedang cuba mengurangkannya. fuhhhhh...susah wooooo... penin pale i.


7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?
3G dgn sayang...membaca...tengok tv....pastu tv tengok aku sampai pagi daaa...


8. Harus menjawab tag ini?harus kah..haruslah korang menjawab
Harus... & wajib bagi kengkawan kat bawah neh :-

- Kak Safriza...
- Ajalalala...
- Are-U...

daaa...

Tuesday, June 23, 2009

waktu itu akan menjelma

Posted by nAdiRah at 3:52:00 PM 3 comments
waduhhhhh... tinggal kurang 3 hari saje lagi aku bakal menjadi 'isteri tinggal sementara' semula... terpaksa lah aku men'centre'kan semula kepale aku neh. dah sebulan lebih aku menetap di rumah sendiri bersama hubby tersayang... setiap hari dia melayan kerenah aku, menjadi drebar setia aku... lepas ni aku kena drive semula... wwwuuuuwaaaaa!!! malasnyeeeerrrr!!!
esok > Jumaat aku akan menghadiri kursus PA anjuran KKM. suami aku akan pulang ke Sg.Buloh pd hari jumaat ini dgn menaiki motor... aku tak dpt hantar sbb kursus PA tu laaaa... pagi2 aku akan salam dia..babai dia... pas abis kursus...aku balik rumah... dia dah bertolak. ntah2 dah sampai kolej... mesti sedih sangat time tuhhh.... aku pulak insyaAllah akan turun ke Sg Buloh ari Sabtu ni...niat di hati nak stay sane semalam. tengok lah keadaan macam mana...
tik tik tik waktu berdetik...
>>kebelakangan ini aku amat malas utk update blog. masa aku sekarang ini lebih kepada suami aku yg tersayang. sebenarnya banyak perkara yg berlaku di sepanjang tika ini...insyaAllah ada masa nanti aku update k.

Thursday, June 4, 2009

.s.u.n.y.i.l.e.

Posted by nAdiRah at 4:16:00 PM 7 comments
tetiba je rasa sunyi.
bile la nak ea nak tiba waktu tuh???
hurrmmmmm...
selalu waktu tak kena. takde masa.
sampaibilakah?akuharusmenunggu?
pssttt...wadah...ko rase tak ape yang aku rasa neh?

Tuesday, June 2, 2009

.b.e.n.g.a.n.g.

Posted by nAdiRah at 3:54:00 PM 2 comments
aku rasa BENGANG harini.
bengang !!!!!!
apelah guna diwujudkan jawatan itu
andai tiada fungsinya
tetapmenyusahkanaku,membebankanaku,
langsungtidakmembantu
lupuskansahajajawatanitu!!!!!
eeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
sib baik arini bos out-station.
kalau tak mau jadi bengang bengot aku.

.:s.n.a.p.a.t.p.e.n.a.n.g:.

Posted by nAdiRah at 7:45:00 AM 6 comments


haiiiii!!!

teruja tika roda meluncur di atas jambatan ini



pemandu berhemah saat ini


158 km lagi

excited bile nampak bridge signboard tuh

Hotel kami


bilik 403

ape yg dihendapkan tu yanggg??

pose





di tepian Pantai MIAMI



Masjid Terapung-apung


ni di air terjun batu hampar kat kedah tak silapnyeee


Selamat Pengantin Baru kak Ija. Moga2 cepat2 dpt baby & saye pon ikut sekali.
hahahaha!!!

Monday, June 1, 2009

Pulau Pinang...

Posted by nAdiRah at 10:55:00 AM 2 comments
Alhamdulillah... percutian selama 3 hari 2 malam di Pulau Penang berjalan lancar.
kami selamat pergi dan selamat pulang ke negeri kelahiran.
percutian yang amat menenangkan jiwa dan perasaan.
tujuan utama untuk melupakan segala kekusutan & menghabiskan masa bersama...
pejam celik, pejam celik...hanya tinggal 26 hari sahaja untuk aku bergelar "ISTERI TINGGAL" semula... mmg berat hati ni...
perjalanan ke Pulau Pinang berjalan lancar...
cuma ada satu kejadian kami hampir2 ditimpa kemalangan.
dalam perjalanan hampir ke Tapah tika abg sedang ingin memotong sebuah lori tiba2 muatan papan yang diangkut lori itu terbang ke lorong laluan kami disamping habuk2 papan menghujani kereta kami... alhamdulillah... abg bijak mengawal keadaan dan emosi. kalau tidak...mungkin kami terbabas... selepas kejadian itu, abg terketar2. kami berhenti di tepi jalan. memeriksa keadaan kenderaan... aku hulurkan abang air mineral menghilangkan rasa terkejut itu. lori itu juga berhenti... kami bernasib baik kerana tidak banyak papan yang jatuh.
sejak itu abg begitu fobia bila bertembung dengan lori. setiap kali terjumpa lori dia akan memotong dengan laju atau pun memperlahankan kereta dan membiarkan lori-lori itu menderu laju meninggalkan kami...

percutian di Pulau Pinang amat mengasyikkan. kami amat teruja tika menaiki jambatan pulau pinang. selama 24 tahun di dunia, ini lah kali pertama aku menaiki jambatan pulau pinang. percutian yang memang romantis sekali. lebih2 lagi kami menginap di hotel atas bukit & di depan pantai miami... hampir ke semua tempat kami lawati... antaranya Batu Feringgi, Bukit Bendera, Bukit Jambul, Balik Pulau, Pulau Tikus, Persiaran Gurney, Padang Kota Lama, Bayan Lepas, Chowrasta... Cuaca mendung sejuk mengiringi percutian kami... cuma pada hari terakhir di sana hujan renyai-renyai membuatkam kami tidak berkesempatan menaiki bukit bendera railways.

disamping bersiaran di Pulau...kami juga berkesempatan ke Jawi...kami berkunjung ke rumah seorang sahabat di KSKB. pada hemat kami rumah nya terletak di Penang, dalam perjalanan tetiba ternampak sign board "Selamat Datang Ke Kedah"... ajaibnya rumah sahabat itu terletak di sempadan Penang, Kedah dan Perak. kami makan tengahari masakan ibu "Bang Chik". mmg sedap air tangan ibu nya. selepas kekenyangan kami berjalan ke air terjun batu hampar, bandar bahru, kedah dan ke pasar malam di Parit Buntar, Perak. memang unik...
andai ada umur kami kepingin lagi menjejakkan kaki ke Pulau Pinang... aku amat suka menikmati pemandangan yang indah-indah. memang suatu keajaiban ciptaan-Nya... lautan yang luas...hutan yang menghijau...air terjun yang menderu...
satu lagi perkara yang menyentuh jiwa aku... peristiwa Tsunami. kami menginap di Batu Feringgi yang merupakan tempat berlakunya tragedi itu... sedikit sebanyak ia sebenarnya menyentuh jiwa kami... sadisss...
*****************************************************************************
Sabtu, 30 Mei 2009... sebelum balik kami singgah ke Kepala Batas menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat baik. Tahniah !! Selamat Pengantin Baru kak Ija... Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... amin...
 

cinta & kasih saYang Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal